Sulam nama pada kulit haram sama seperti cacah tatu

Sulam nama pada kulit haram sama seperti cacah tatu

PROSEDUR sulam nama pada kulit adalah haram dan dilarang dalam syarak sebagaimana mencacah tatu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Trend ‘sulam nama’ pada kulit kini menjadi trend dalam kalangan remaja kerana dianggap mirip kepada tatu selain bersifat tidak kekal.

Tapi tahukah bahawa prosedur itu adalah haram dan dilarang dalam syarak sebagaimana mencacah tatu dan pelakunya pula hendaklah segera bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Itu penjelasan ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai status hukum sulam nama pada kulit yang kini semakin digemari remaja Islam.

Beliau berkata, prosedur ‘sulam nama’ pada kulit sebenarnya mirip atau sama dengan prosedur membuat tatu.

“Kami melihat prosedur pada kulit itu bukan bertujuan untuk rawatan, sebaliknya untuk kecantikan semata-mata, yang mana pada hakikatnya ia adalah mencacatkan kulit dan kawasan yang dicacah.

“Kami menasihatkan supaya sulaman nama yang dilakukan pada kulit itu hendaklah segera dihilangkan, jika ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawanya.

“Sekiranya proses menghilangkannya itu mendatangkan kemudaratan, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri.

Katanya, sebahagian ulama berpendapat bahawa tempat atau kawasan yang dicacah (untuk dibuat tatu atau disulam nama) sebagai najis.

Zulkifli berkata, perbuatan mencacah nama atau membuat tatu ini juga menyerupai perbuatan orang kafir, sedangkan agama Islam menuntut penganutnya agar berbeza dengan mereka.

“Saya ingin menasihatkan kepada remaja dan anak muda Islam agar bijak dalam mengikuti trend yang ingin diikuti dan menjauhi trend yang jelas-jelas bercanggah dengan cara dan gaya hidup seorang Muslim.

“Ingatlah sebagai seorang Muslim, kita turut diperintahkan untuk menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan tohmahan, persepsi negatif dan fitnah, sama ada kepada diri kita sendiri sebagai seorang individu Muslim,” katanya.

Sulam nama adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke lapisan dermis (lapisan kedua kulit). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya