Sukarelawan, NGO dan badan korporat perlu ganding bahu bantu kumpulan sasar - Utusan Malaysia

Sukarelawan, NGO dan badan korporat perlu ganding bahu bantu kumpulan sasar

RUSDI Ishak (duduk, tujuh dari kiri) bersama sukarelawan, NGO dan pihak korparat yang terlibat dengan Program Kembara Ramadan 2023 bergambar dengan penghuni Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Padang Besar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis menyeru komitmen daripada sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak korporat dalam membantu kumpulan sasar memerlukan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagi tujuan itu, semua pihak terlibat disaran agar dapat mengembleng tenaga bersama bagi memastikan golongan memerlukan dapat disantuni dengan sebaiknya.

Timbalan Pengarah Strategik JKM Perlis, Rusdi Ishak berkata, penglibatan pihak terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan dapat membantu memastikan penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

“Dengan mengambil kira semua komitmen termasuk daripada sukarelawan, NGO dan pihak korporat, ia dapat mendorong kepada proses bagi membantu kumpulan sasar yang memerlukan secara lebih baik khususnya sempena hari raya ini.

“Malah kerjasama ini dapat mewujudkan hubungan positif antara pihak terlibat bersama JKM di samping membudayakan konsep ‘Kebajikan Tanggungjawab Bersama’,” katanya selepas Program Kembara Ramadan 2023 di sini, hari ini.

Antara pihak yang terlibat dalam program kembara berkenaan adalah Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Kelab Kakitangan Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd, Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia cawangan Perlis.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Rusdi berkata, kembara berkenaan bergerak bagi menyantuni penghuni warga emas di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup dan Rumah Sejahtera Baitul Hannan, Behor Mali bersempena Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi.

“Selain itu, kembara ini turut berkesempatan singgah di beberapa buah rumah penerima bantuan JKM dengan memberi mereka sedikit keceriaan menerusi sumbangan wang tunai dan barangan keperluan sebagai persediaan sambutan perayaan.

“Menerusi pendekatan dilaksanakan ini, kumpulan sasar juga dapat merasai bahawa masih ada pihak yang cakna dengan keadaan mereka dan ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada pihak terlibat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya