Sukan sempadan eratkan hubungan Malaysia-Thailand-Betong

Sukan sempadan eratkan hubungan Malaysia-Thailand-Betong, Thailand

Pasukan bolasepak antara media Malaysia dan media Thailand bergambar kenangan sebelum perlawanan diadakan ketika Majlis Hubungan Kemesraan Media Sempadan di Stadium Majlis Bandaran Betong, Wilayah Yala, Thailand, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perhubungan baik antara kedua-dua iaitu Malaysia dan Thailand dieratkan lagi dalam satu majlis hubungan Kemesraan Media Sempadan di Betong, Thailand, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Mohd Rizal Hashim berkata, tujuan aktiviti adalah untuk mengeratkan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand dalam sektor ekonomi pelancongan.

“Program ini juga adalah untuk jalinan hubungan perkhidmatan ke dua-dua negara yang keterlibatannya adalah daripada pihak eksekutif dan sektor awam, swasta serta media dalam pelbagai bidang ke dua-dua negara.”

“Kita menyambut baik usaha ini dan banyak aktiviti dijalankan seperti sukan bola sepak antara media dari ke dua-dua negara, acara tarik tali dan sukaneka Yang diadakan di Stadium Majlis Bandaran Betong, Wilayah Yala dan juga Majlis Makan Malam di kawasan Istana Hinggap Daerah Betong,” kata Mohd Rizal.

Beliau juga mengharapakan agar hubungan baik ini dapat diteruskan demi kebaikan bersama dan sentiasa memberikan kerjasama baik kepada mereka bila-bila masa sahaja.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya