Suhu 12 kawasan lebih 35 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari - Utusan Malaysia

Suhu 12 kawasan lebih 35 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan sebanyak 12 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu atau berjaga-jaga susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Menurut MetMalaysia, tahap berjaga-jaga menyaksikan suhu maksimum harian di kawasan itu mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Kawasan yang terlibat adalah Perlis, Sik, Hulu Perak, Jeli, Kuala Krai, Kinta, Batang Padang, Lipis, Jerantut, Bentong, Raub dan Jempol. Semua kawasan di Sabah dan Sarawak pula dalam pemantauan.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” menurut hantaran di laman Facebook, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya