STR ringankan beban B40 sambut Ramadan, Aidilfitri

STR ringankan beban B40 sambut Ramadan, Aidilfitri

NORZILAWATI Jusoh@Mohd. Zain (tengah) gembira menerima STR daripada pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) di Cawangan Kuala Nerus di Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 di negeri ini bersyukur dengan bantuan tersebut yang dapat membantu meringankan beban mereka membuat persiapan berbuka puasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka menganggap agihan STR Fasa 2 secara berperingkat ini tepat pada waktunya untuk menggembirakan umat Islam .

Walaupun jumlah bantuan yang diterima antara RM100 hingga RM200 berdasarkan kategori yang ditetapkan, namun melegakan penerima yang berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang penerima, A. Ruhadi Mat Hassan@Kamrun, 55, dari Kampung Wakaf Tengah di sini berkata, dia tidak ketinggalan mengambil sumbangan tersebut di Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas anak-anaknya memaklumkan mengenai pembayaran STR sudah bermula.

MOHD. Raizuddin Rasid menunjukkan wang STR sebanyak RM200 yang diterima di BSN Cawangan Kuala Nerus di Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurutnya, dia gembira apabila namanya tersenarai sebagai penerima STR dan dapat mengeluarkan wang sumbangan tersebut di BSN tanpa sebarang masalah serta proses di kuanter juga cepat.

“Alhamdulillah, saya dipilih sebagai penerima STR pada kali ini dan lebih menyeronokkan diagihkan pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan yang cukup bermakna ini. Bolehlah saya berbelanja untuk membeli bahan mentah persiapan berbuka puasa pada hari ini dan selebihnya disimpan untuk dibelanjakan selepas ini,” katanya ketika ditemui di BSN Kuala Nerus di sini.

Kementerian Kewangan pada 3 April lalu mengeluarkan kenyataan kerajaan Persekutuan akan membuat pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 secara berperingkat mulai .

Pembayaran tersebut akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar dalam pangkalan data STR secara berperingkat.

Bagaimanapun, A. Ruhaidi menambah, dia mencadangkan kerajaan dapat menambah jumlah STR memandangkan harga kebanyakan barangan keperluan semakin mahal dan membebankan.

“Saya mengharapkan cadangan tersebut dapat pertimbangan agar golongan yang kurang berkemampuan itu dapat berbelanja lebih untuk menampung keperluan keluarga,” ujarnya.

SEBAHAGIAN daripada penerima STR mengambil bantuan tersebut di kuanter BSN Cawangan Kuala Nerus di Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu. – FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Suri rumah, Norzilawati Jusoh@Mohd. Zain, 39, dari Kampung Jeram, Manis di sini berkata, dia teruja menerima STR pada kali ini kerana diagihkan pada bulan Ramadan.

Menurutnya, sumbangan yang diterima sebanyak RM200 itu dapat meringankan beban keluarganya dalam membuat persiapan berbuka puasa.

“Suami saya, Yusri Mohd. Yusoff, 48, hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menerima gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan mempunyai tiga anak berusia enam hingga 16 tahun serta masih bersekolah.

“Hasil sumbangan ini, saya dapat menampung perbelanjaan untuk membeli barangan mentah untuk persiapan berbuka puasa,” katanya.

Selain itu, Mohd. Raizuddin Rasid, 29, dari Kampung Tebauk yang bekerja sebagai pembantu kedai membuat keropok berkata, dia akan membelanjakan bantuan sebanyak RM200 yang diterima ini dengan sebaiknya tanpa membazir.

Menurutnya, bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli pakaian raya untuk dirinya dan isteri.

“Saya berpendapatan STR ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana membantu golongan keluarga berpendapatan rendah, selain melakukan penambahbaikan untuk memastikan lebih ramai golongan berkelayakan tidak ketinggalan memperoleh sumbangan tersebut,” katanya.

Seorang pemuda, Mohd. Norhafizam Ishak, 27, yang masih bujang dan bekerja sebagai pembantu gerai menjual martabak di Chendering, Kuala Terengganu, berkata, dia mula beratur di BSN Cawangan di sini untuk mengambil STR seawal pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, apabila tiba di BSN Cawangan Kuala Nerus didapati masih tidak ramai yang beratur dan tidak sampai lima minit telah menerima sumbangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya