Sofyank wajar diangkat sebagai anak seni - Utusan Malaysia

Sofyank wajar diangkat sebagai anak seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga sebenarnya pernah menemu bual anak muda kelahiran Kelantan ini dalam sebuah majlis anugerah sebelum ini.

Kebetulan, pada majlis tersebut, Sofyank juga menerima satu daripada anugerah utama.

Kalau tak silap, itu adalah pertama kalinya Sofyank meraih anugerah tempatan kerana bakat dan kemahirannya dalam bidang kesan suntingan visual video (VFX) termasuk sebagai seorang pempengaruh media sosial.

Bagi Cik Bunga, dia memang layak untuk kita angkat sebagai seorang daripada pelapis anak seni tempatan. Sofyank ada potensi itu dan bakatnya juga tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bermula dari bawah sejak usianya belasan tahun, Sofyank bagi Cik Bunga mempamerkan progres yang cemerlang.

Apatah lagi, baru-baru ini, dia juga meraih kemenangan di peringkat antarabangsa menerusi Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month yang dianjurkan oleh Zach King.

Satu lagi bukti nyata bahawa anak muda ini mampu menjadi aset industri seni terutama dalam bidang penghasilan fiilem. Mana tahu bukan?

Kita pun bukannya ada ramai pakar dalam bidang ini. Bikin penggambaran iya di sini, tetapi suntingan dari tenaga kepakaran kebanyakannya dari tenaga luar.

Kalau namanya sudah hantar ke luar negara, itu juga bermaksud keperluan tambahan kos, tak begitu?

Jadi, bila lagi kita hendak merasa air tangan penuh daripada hasil usaha pembikin dan penggiat seni tempatan bukan?Apa yang benar-benar kita dapat banggakan?

Disebabkan itu, Cik Bunga katakan, Sofyank ini mampu jadi pelapis dalam bidang ini. Kalau ada lebih ramai lagi genius seperti Sofyank yang kita dapat lahirkan, itu bertambah bagus!

Tetapi itulah, dalam kejayaan anak muda ini, Cik Bunga tak sangka juga ada yang perlekehkan usaha dan bakatnya. Kalangan artis pula itu. Aduhai!

Sungguh orang begini tidak berpandangan jauh. Malah, kalau kita kata buta hati pun tak salah rasanya.

Apalah yang hendak didengkikan sedangkan begitu ramai rakyat Malaysia, peminat tempatan termasuk pihak luar yang memandang bakat Sofyank, ada pula yang tak suka dia berkembang lebih jauh.

Bagi Cik Bunga, orang begitu kita tidak perlu layan. Kalau Cik Bunga jadi Sofyank, lebih baik tumpu pada sasaran seterusnya dalam hidup, atau kerjaya.

Lagipun nama Sofyank sudah mekar sebagai antara anak muda kita yang hebat. Perdana Menteri kita pun memuji Sofyank.

Jadi jika ada kalangan orang industri yang tak senang hati nak mengalu-alukan Sofyank sebagai pelapis anak seni, Cik Bunga rasa tak wajar.

Bukalah mata lebih luas lagi… buanglah segala hasad dengki di hati itu ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya