Siapa sebenarnya dapat manfaat projek tambak laut PSI? - Utusan Malaysia

Siapa sebenarnya dapat manfaat projek tambak laut PSI?

MUHAMAD FARID SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dipersoal sama ada mempunyai perancangan jangka panjang dalam memastikan tidak ada kaum yang terpinggir daripada projek pembangunan tiga buah pulau buatan, Penang South Island (PSI).

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, pihaknya menuntut jaminan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat supaya memastikan ketiga-tiga pulau itu dihuni secara adil antara penduduk Pulau Pinang, warga tempatan dan warga asing.

Beliau turut mengimbas projek tambakan laut di Tanjang Tokong yang kini dikenali sebagai Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang di sini, yang mana dakwanya, nelayan merana sepanjang projek tambakan dijalankan memandangkan kemungkinan projek tambakan akan berakhir dalam tempoh melebihi 20 tahun.

”Cuba lihat siapakah yang tinggal di Straits Quay atau di Seri Tanjung Pinang pada masa ini?

“Adakah penduduk daripada golongan B40? Atau golongan mana yang memonopoli tanah dan rumah di situ memandangkan ia telah menjadi kawasan elit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, kelulusan EIA bagi projek penambakan PSI itu bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan Pulau Pinang, tetapi nelayan di negeri-negeri berdekatan khususnya Perak.

Jelasnya, pencemaran laut juga akan memberi kesan langsung kepada Perak kerana tanah laut akan diambil dari negeri terbabit.

”Bagaimana pula dengan tanah-tanah merah dan batu-batu yang akan digunakan, dari mana semua itu akan diambil,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan manfaat sebenar projek tambak laut itu kepada rakyat sama ada hasil jualan tanah pulau tersebut kelak akan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri semata-mata atau sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya