Seri Menanti bakal dinaik taraf destinasi pelancongan bandar diraja - Utusan Malaysia

Seri Menanti bakal dinaik taraf destinasi pelancongan bandar diraja

MOHD. FAIZAL ABDUL MANAP (kiri) bergambar berlatar belakangkan mercu tanda Jelapang Padi@Terachi tersebut selaras dengan usaha yang sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan imej daerah Kuala Pilah melalui pembinaan mercu tanda pelancongan di Seri Menanti, Kuala Pilah baru-baru ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bandar Diraja Seri Menanti dekat sini akan dinaik taraf sebagai destinasi pelancongan bandar diraja yang diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Ma­nap berkata, kerja-kerja naik taraf melibatkan keluasan 539.50 hektar dengan tempoh perancangan selama 15 tahun melalui Pelan Tindakan Seri Menanti 2020-2035.

“Pembangunan menaik taraf ini akan menelan belanja RM40 juta melibatkan kawasan kawalan khas istana termasuk naik taraf jalan sedia ada, pengindahan landskap pintu masuk, Dataran Seri Menanti serta mengukuhkan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

“Selain itu, terdapat perancangan membangunkan Laman Warisan Seri Menanti, Laman Diraja Istana Besar Seri Menanti, Galeri Keris, menaik taraf Tasik Londa Naga serta pembinaan Kompleks Islam Seri Menanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Faizal menambah, penaiktarafan itu kelak akan membolehkan Bandar Diraja Seri Menanti diiktiraf sebagai destinasi pelancongan bandar diraja.

“Seri Menanti adalah Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan yang terkenal de­ngan Istana Besar Seri Menanti dan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang mempamerkan pelbagai sumber warisan dan kebudayaan.

“Oleh itu satu tindakan yang lebih drastik dan menyeluruh dilakukan untuk menjadikan Seri Menanti terkenal sebagai destinasi pelancongan bandar diraja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN