Semoga Syawal membawa keceriaan, kemakmuran- Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Semoga Syawal membawa keceriaan, kemakmuran- Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada Majlis Mesra Ukhwah Silaturahim 2023 bersama warga petugas Istana Arau di Bilik Menghadap Kuning Istana Arau baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar sambutan Aidilfitri membawa keceriaan, kemakmuran dan kesejahteraan berpanjangan kepada semua umat Islam untuk meraikan nikmat setelah sebulan berpuasa.

Dalam masa sama, baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat negeri ini serta semua kenalan baginda berdua sekeluarga tidak kira di mana sahaja mereka berada.

“Harapan beta agar semoga hari istimewa ini membawa keceriaan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada semua umat Islam untuk meraikan nikmat setelah sebulan berpuasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bersama-sama dengan anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menghadiri Majlis Mesra Ukhwah Silaturahim 2023 bersama warga petugas Istana Arau di Bilik Menghadap Kuning Istana Arau baru-baru ini.

Dalam pada itu, baginda turut menyeru semua yang pulang ke kampung halaman masing-masing memandu dengan rehat yang mencukupi, penuh berhemah, patuhi had laju dan berhati-hati di jalan raya dengan iringan doaagar semoga selamat sampai pergi dan balik ke destinasi yang dituju.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menitah pesan agar semua pihak mengingatkan keluarga masing-masing supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil segala langkah pencegahan yang sesuai terhadap penularan Covid-19 yang masih wujud sehingga ke hari ini.

“Raikanlah hari kemenangan yang berbahagia ini bersama-sama insan yang tersayang, sahabat handai, masyarakat setempat dan seluruh kaum musliman serta muslimat, untuk sama-sama bantu membantu antara satu sama lain dalam meraikan serta memeriahkan lagi hari yang penuh bermakna ini,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya