Sembilan individu dipanggil bantu siasatan kes wanita dibunuh suami - Utusan Malaysia

Sembilan individu dipanggil bantu siasatan kes wanita dibunuh suami

ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah mangsa selepas dipercayai dibunuh suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, pada Rabu lalu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sembilan individu termasuk seorang anak mangsa dipanggil polis bagi membantu siasatan kes wanita yang percayai dibunuh suaminya dengan menggunakan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi dekat sini, Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, setakat ini siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih giat dilakukan. 

“Setakat ini, kita percaya perselisihan faham dan pergaduhan antara pasangan itu berlaku ekoran masalah kewangan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih lagi sedang dijalankan dan suspek masih direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Baharudin berkata, tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berusia 32 tahun itu yang berakhir Rabu ini dijangka akan disambung. 

“Kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk sambung reman bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan kertas siasatan,” katanya. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi pada Rabu lalu, Rubiah Sabtu, 41, maut dipercayai dihentak dengan tukul besi oleh suami yang baharu dikahwininya setahun lalu. 

Mangsa yang juga peniaga kedai runcit ditemukan maut di ruang tamu kediamannya, akibat enam hentakan di bahagian muka, mata, telinga, mulut dan hidung.

Susulan itu, polis telah menahan suaminya, yang merupakan seorang tukang rumah pada hari kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya