Selepas Beto Kusyairy, Shukri Yahya pula tular - Utusan Malaysia

Selepas Beto Kusyairy, Shukri Yahya pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas iklan menampilkan pelakon sohor, Beto Kusyairy tular di media sosial, nama aktor, Shukri Yahya pula menyusul apabila rata-rata peminat mahu tampil gaya seperti bintang tersebut.

Menerusi ciapan di media sosial, iklan jenama Bulan Bintang yang menampilkan Shukri bersama dua rakan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Hannah Delsiha menarik perhatian warganet.

Selain penampilan selebriti popular, iklan raya jenama tersebut juga sekali lagi menjadi bualan netizen yang memuji penghasilan video berdurasi lebih enam minit tersebut.

“Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power!” ciap seorang pengguna Twitter.

“Kalau pakai baju Melayu lengkap macam ini, memang auto jadi Shukri Yahya dan Beto Kusyairi ke?”ciap seorang lagi pengguna.

Malah, ada juga yang meminta Bulan Bintang meneruskan kesinambungan iklan raya yang telah ditonton leboh 500,000 itu untuk tahun-tahun mendatang.

“Lawa sinematografi iklan ini. Level iklan jenama besar. Sudah macam filem pula tengok,”komen seorang pengguna Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya