Saya sudah lama bercerai - Siti Jamumall - Utusan Malaysia

Saya sudah lama bercerai – Siti Jamumall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampil menjawab spekulasi, pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall akhirnya mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya tahun lalu selepas empat tahun bersama.

Jelas Siti, dia sebenarnya enggan mendedahkan perkara tersebut namun selepas beberapa kali ditanya oleh peminat di aplikasi Tiktok, dia akhirnya bersuara demi meleraikan persoalan tersebut.

“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.

“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.

“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga mengakui episod perceraian yang berlaku memberi impak besar terhadap diri dan kehidupannya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.

“Jadi apabila bercerai, saya sedar itu sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.

“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya