Saya bukan hendak musuhi sesiapa - Anwar

Saya bukan hendak musuhi sesiapa – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate, Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perdana Menteri menegaskan beliau tidak pernah terlintas untuk membalas dendam atau memusuhi sesiapa walaupun pernah berdepan pelbagai penderitaan termasuk dipenjarakan.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau juga tidak pernah menganaktirikan empat negeri pembangkang di bawah Perikatan Nasional (PN), malah menambah peruntukan termasuk kepada Kedah.

Kata beliau, tidak ada ertinya beliau menjadi seorang Perdana Menteri yang menzalimi orang lain dan berdendam dengan pihak-pihak tertentu.

“Saya tahu apa itu fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya tahu bagaimana hidup derita dalam lokap dan saya tahu seksanya Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak.

“Saya ada kuasa sebagai Perdana Menteri tetapi bukan untuk siasat kerana itu kerja polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), mendakwa itu kerja peguam dan menjatuh hukum kerja hakim. Bukan kerja Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri Kabinet serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Tambah Perdana Menteri, situasi politik hari ini bukan semata-mata untuk mengangkat beliau ke jawatan itu tetapi untuk meletakkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang tidak melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Apa niat, mengapa saya nak kerja ini (sebagai Perdana Menteri) saya bukan muda lagi, ini kerana saya mahu jaga dan bela rakyat negeri ini dan bukan nak timbulkan kebencian kerana hak rakyat nak undi siapa atau pilih parti mana.

“Saya tidak datang untuk memusuhi sesiapa. Saya nyatakan sudah sampai masa Kedah dan Malaysia ini kita bangunkan semula. Rakyat yang perlu pertahankan integriti. Kepimpinan itu satu tanggungjawab dan bukan keistimewaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan memperincikan mengenai peruntukan kepada Kedah dalam ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel di sini.

“Esok (hari ini) saya akan jelaskan sebagai Perdana Menteri Malaysia, nak terangkan apa yang kita buat. Untuk Kedah naik peruntukan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya