Sanusi sah hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Anwar

Sanusi sah hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor disahkan akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di sebuah hotel di sini, esok bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhamad Mat Yakim dalam satu pesanan ringkas melalui WhatsApp hari ini.

“MB (Menteri Besar) dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, esok. MB sampai pukul 10.40 pagi,” katanya.

Keputusan itu susulan kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memaklumkan Sultan Kedah berkenan untuk berangkat mencemar duli ke majlis rumah terbuka berkenaan.

Kata Fahmi, rumah terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan itu akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Raia, Alor Setar.

“Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Kedah mencemar duli ke majlis itu,” katanya.

Dalam sidang akhbar semalam, Muhammad Sanusi menjelaskan bahawa beliau akan hadir bersama Perdana Menteri untuk mengiringi Sultan Kedah jika Tuanku berangkat walaupun belum menerima jemputan rasmi atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

“Saya dimaklumkan mereka menyerahkan jemputan rasmi kepada Sultan Kedah. Justeru, sekiranya Tuanku Sultan berkenan menerima jemputan itu, maka saya akan ke sana juga. Tetapi jika Tuanku tidak berangkat, saya akan pertimbang semula (sama ada akan hadir). Saya bercakap daripada sudut protokol,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya