MB Kedah patut ada dalam Majlis Kewangan Negara - Sanusi - Utusan Malaysia

MB Kedah patut ada dalam Majlis Kewangan Negara – Sanusi

Majlis Kewangan Negara
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor bermesra dengan warga Kedah di perantauan pada Majlis Iftar Anak Kedah Di Perantauan, di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan didakwa tidak melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menganggotai Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan ditubuhkan.

Perkara itu dimaklumkan Muhammad Sanusi apabila beliau tidak menerima sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut kerana ketiadaan wakil dari negeri jelapang padi itu menyukarkan penyaluran maklumat hal ehwal kewangannya.

“Tindakan tersebut walaupun tidak boleh dibuktikan (jika kerajaan enggan melantik wakil Kedah), tetapi perlu diuar-uarkan supaya tidak berlaku. Saya bercakap sebelum benda itu berlaku, orang akan bercakap mana ada bukti.. tetapi kalau ada bukti ia sudah pun jadi.

“Jadi saya kena cakap sebelum masalah itu berlaku. Implikasinya besar kepada kerajaan negeri dan juga portfolio jawatankuasa kewangan, tanah dan hasil bumi. Jadi bila tidak mewakili negeri ke mesyuarat tersebut, seolah-olah Kedah tidak mendapat wakil yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Anak Kedah Di Perantauan, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau tidak bersetuju jika Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilantik untuk menganggotai Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dan menyifatkan situasi tersebut sebagai janggal jika benar.

“Saya akan memastikan perkara tersebut tidak akan terjadi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya