Rumah tradisional berusia 66 tahun jadi tumpuan berkumpul Aidilfitri - Utusan Malaysia

Rumah tradisional berusia 66 tahun jadi tumpuan berkumpul Aidilfitri

LAKSAMANA Saad (kiri) bersama ahli keluarganya menghiasi rumah pusaka diwarisi mereka di Kampung Abi Tengah, Kangar, Perlis bagi menyambut ketibaan saudara-mara semasa Aidilfitri. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun sememangnya sudah menjadi kemestian buat keluarga besar Laksamana Saad, 46, untuk berkumpul di rumah tradisional diwarisi mereka sekitar Kampung Abi Tengah, di sini, yang kini mencecah usia 66 tahun.

Kebiasaannya, setiap ahli keluarga dan sanak saudara mereka akan berkumpul bersama-sama pada hari raya untuk bergambar kenangan sambil menikmati juadah disediakan di rumah berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Laksamana berkata, rumah tersebut pada asalnya merupakan milik Allahyarham datuknya, Mahamood Ismail dan ia dibina sejak 1957.

“Sebelum ini memang adik-beradik dan saudara-mara kami akan berkumpul di sini pada setiap hari perayaan bersama-sama bagi menikmati juadah di sini.

“Sejak Allahyarham datuk meninggal dunia, kebanyakan adik-beradik masih meneruskan tradisi berkumpul dan kami akan bergambar kenangan bersama-sama di rumah warisan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Laksamana berkata, selepas merakamkan gambar kenangan, semua saudara-mara akan berkumpul di bahagian bawah rumah itu untuk menikmati juadah raya yang disediakan.

Katanya, disebabkan kea­daan struktur rumah itu yang berusia, hanya sekitar 10 orang dapat naik ke tingkat atas kediaman berkenaan pada satu-satu masa.

“Kami cuba untuk kekal hidupkan suasana perayaan di rumah ini walaupun Allahyarham datuk telah meninggal dunia bagi memeriahkan sam­butannya setiap tahun,” katanya.­

Di samping itu jelasnya, dia bersama anak-anaknya sememangnya akan membersihkan rumah warisan itu pada setiap musim perayaan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya