Rumah terbuka Aidilfitri suasana kampung di The Bunker Cafe - Utusan Malaysia

Rumah terbuka Aidilfitri suasana kampung di The Bunker Cafe

PEMILIK The Bunker Cafe menyediakan pelbagai jenis menu makanan bagi memenuhi tempahan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di bawah jejantas Batas Liku, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri antara acara yang paling dinantikan pelbagai lapisan masyarakat dalam memeriahkan lagi sambutan lebaran.

Menjelang Aidilfitri tahun ini, pengusaha katering antara yang paling sibuk menerima tempahan para pelanggan dengan mereka sudah melakukan persiapan rapi.

Menariknya, bagi pemilik The Bunker Cafe di bawah jejantas Batas Liku di sini, Hasmiza Hashim,40, dia melakukan kelainan apabila menyediakan tempat di kafenya itu yang bersuasanakan kampung untuk sambutan rumah terbuka itu.

Katanya, setakat ini, tempahan yang diterima sangat memberansangkan bermula dari raya ketiga sehingga 20 Syawal.

Ujarnya, sebanyak 15 menu disediakan antaranya seperti lemang, ketupat, nasi himpit, lontong, nasi arab, nasi beriani, kambing golek dan pelbagai lagi jenis makanan.

“Pakej yang ditawarkan pula serendah RM10 sehingga RM30 sekepala. Menjelang Aidilfitri ini, tempahan yang diterima sangat memberansangkan.

“Tempahan yang diterima bermula sejak pertengahan Ramadan lagi dengan Aidilfitri kali ini dilihat sangat meriah dengan sambutan rumah terbuka,” katanya.

Tambah Hasmiza, mereka menyediakan kemudahan dan ruang di kafe berkenaan yang selesa untuk sambutan rumah terbuka berkenaan.

Ujarnya, para pengunjung bakal menikmati suasana kampung sambil menikmati pelbagai juadah makanan.

“Kita mempunyai ruangan parkir yang luas selain juga terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain. Dekorasi yang disediakan di kafe berkenaan juga mempunyai ciri-ciri tradisional dan moden.

“Alhamdulilah meskipun baru sahaja beroperasi namun tempahan sangat menggalakkan. Keistimewaan kafe berkenaan menjadi antara tarikan diadakan sambutan rumah terbuka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya