Rumah, persiapan raya hangus menjelang waktu berbuka - Utusan Malaysia

Rumah, persiapan raya hangus menjelang waktu berbuka

Persiapan raya
PASUKAN bomba memadam kebakaran rumah enam sekeluarga itu di Kampung Kebun Baru Batu 10,Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Ramadan kali ini mengundang duka buat enam sekeluarga apabila semua pakaian dan persiapan raya mereka hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Kebun Baru Batu 10, Telok Panglima Garang di sini, petang tadi.

Lebih malang, tragedi kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika seorang wanita bersama empat anak lelaki dan ibunya sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa di rumah mereka.

Kesemua mangsa bagaimnapun sempat keluar menyelamatkan diri dan kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil serta dua buah motosikal.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan 17 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang

“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan rumah satu tingkat berstruktur kayu berkenaan. Sebuah kereta dan dua motosikal di kawasan kediaman itu turut musnah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Morni, bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit sebelum padam sepenuhnya pukul 7.50 dan kemusnahan rumah itu dianggarkan 95 peratus. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya