Rumah 100% musnah terbakar, 14 penghuni selamat

Rumah 100% musnah terbakar, 14 penghuni selamat

KEADAAN rumah setingkat jenis tidak kekal musnah 100% dalam kejadian kebakaran di Kampung Tabuan Dayak, di Kuching pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seramai 14 orang penghuni sebuah rumah sewa di Kampung Tabuan Dayak di sini berjaya menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira pada jam 9:15 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal telah terbakar 100%, dengan anggaran keluasan 30’ x40’.

“Kejadian telah memusnahkan 100% dua buah kenderaan jenis Perodua Kancil dan motosikal, manakala 10% kereta jenis Proton Gen 2,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kesemua penghuni penyewa bagaimanapun dilaporkan selamat dan mereka terdiri daripada 14 orang; Lelaki dewasa (8), Perempuan dewasa (4) dan kanak-kanak (2).

Katanya, pihaknya memadam kebakaran berpandukan konsep RECEO menggunakan 1 aliran 300 kaki 2 nozel dan satu aliran salur bantu mula dari Pam jentera sumber air dari Pili Bomba berdekatan bagi memadam dan mengawal kebakaran sehingga api padam sepenuhnya.

“Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya