KUALA LUMPUR : Hotel Royale Chulan tahun ini menawarkan perkhidmatan `Bungkus Je’ bagi pelanggan yang mahu menikmati juadah Raya tanpa perlu menyingsing lengan di dapur.
Menggunakan tema #juadahrayakitasetelkan, perkhidmatan bawa pulang juadah raya itu memberi peluang kepada pelanggan menjamu makanan dari dapur hotel yang disediakan oleh pasukan kuliner terlatih menggunakan ramuan segar, bersih dan kaya dengan rempah rasa yang enak.
Antara himpunan menu di dalam pek juadah raya itu ialah Rendang Tok, ayam masak merah, nasi minyak, kambing kuzi, dalca sayuran, kuah kacang dan pastinya ketupat serta lemang.
Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Royale Chulan, Dangsuria Zainurdin berkata, initiatif perkhidmatan bawa pulang juadah raya itu datang dari permintaan pelanggan yang sibuk namun mahu mengekalkan tradisi menjamu juadah raya istimewa kepada keluarga dan rakan taulan.
‘Pek juadah raya berharga RM399 itu sesuai dijamu empat orang. Promosi ini berlangsung sepanjang Syawal tahun ini,” katanya d sini.
Untuk membuat tempahan boleh menghantar pesanan WhatsApp ke talian 019-359 1355 (Royale Chulan Kuala Lumpur) atau 016 220 0397 (Royale Chulan Damansara).. – UTUSAN