Ribut: Polis terima 50 laporan, catat kerugian RM141,200 - Utusan Malaysia

Ribut: Polis terima 50 laporan, catat kerugian RM141,200

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri membantu memasang kanvas pada bahagian bumbung blok yang terjejas akibat ribut di Sekolah Kebangsaan Ujong Batu, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis menerima sebanyak 50 laporan kerosakan akibat ribut di kawasan Kangar dan Arau semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, kesemua 50 laporan itu melibatkan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM141,200.

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar menerima 45 laporan manakala lima lagi diterima IPD Arau melibatkan kerosakan akibat kejadian ribut semalam.

“Daripada jumlah laporan tersebut, sebanyak 41 kes melibatkan laporan bumbung rumah rosak, gerai atau khemah bazar (7) dan masing-masing satu laporan kerosakan lampu premis perniagaan serta bumbung stor ternakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian antara pukul 2.20 petang hingga 3 petang itu, beberapa kawasan sekitar Kangar dan Arau dilaporkan terjejas berikutan daripada kejadian ribut petir dan angin kencang.

Kejadian ribut yang melanda Kangar dan Arau adalah kali kedua berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas kejadian pertama pada 29 Mac lalu menyebabkan nilai kerugian hampir RM1 juta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya