Rasa cinta pudar, hati hancur saat dituduh curang - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Rasa cinta pudar, hati hancur saat dituduh curang – Diana Danielle

BUKAN menolak rezeki Tuhan, Diana dan Farid sebaliknya dalam fasa mencari kestabilan hidup selepas menghadapi pelbagai dugaan beberapa tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sekiranya awak terdetik dalam hati memikirkan saya ada hubungan dengan lelaki lain, itu adalah bukti asas awak langsung tidak mengenali saya.”

Demikian luahan pelakon, Diana Danielle yang dipercayai merujuk kepada tuduhan suaminya, Farid Kamil kononnya dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Diana menerusi satu hantaran story di Instagram juga berkata, dia tidak sanggup lagi terus menanggung kesakitan dan membiarkan dirinya terus dilukai terutama selepas cinta terhadap Farid semakin pudar.

“Selepas cinta terhadap awak pudar dan hilang, saya tidak mampu menanggung kesakitan dan membiarkan hati terus menerus dihancurkan,” katanya.

Kemelut rumah tangga pasangan tersebut semakin meruncing apabila Diana enggan menerima sebarang pujukan dan tetap mahu meneruskan perceraian.

Farid pula dalam pada masa sama tetap dengan keputusan untuk tidak melepaskan isterinya dengan alasan masih ada rasa cinta dalam hatinya.

1 Syawal lalu, pasangan tersebut menyambut hari raya secara berasingan bersama anak mereka.

Farid bersama anak lelaki mereka, Mohamad, 10, beraya di Kedah, manakala Diana dengan Nur Aurora, 8, di Kuala Lumpur.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua yang dijadualkan pada 25 Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya