Rahim Maarof masuk ICU

Rahim Maarof masuk ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi legenda, Rahim Maarof dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan akibat angin ahmar, Jumaat lalu.

Anak saudaranya, Nik Nazira yang juga isteri kepada penyanyi, Yonnyboii mengesahkan perkara tersebut dan memaklum keadaan Rahim ketika ini kritikal.

“Uncle Rahim ditempatkan di ICU setelah tidak sedarkan diri sejak Jumaat lalu selepas menjalani pembedahan akibat strok.

“Keadaannya ketika ini agak kritikal. Dia juga memang menghidap darah tinggi. Tetapi itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” katanya.

Nik Nazira yang ketika ini sedang hamil lima bulan juga memberitahu dia belum melawat ayah saudaranya berikutan keadaan dirinya.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, sepupu Rahim yang dikenali sebagai Lydia turut memaklumkan khabar tersebut dan meminta doa daripada peminat.

“Mohon doakan untuk sepupu Lydia, abang Rahim Maarof ada di Hospital Sungai Buloh. Masih dalam wad ICU..kena stroke (angin ahmar) dan buat pembedahan Jumaat pagi baru-baru ini.

“Doktor ada buka tempurung kepala dan buang cairan di kawasan otak. Minta jasa baik semua doakan. Semoga berkat doa kita semua dan pada bulan yg barokah ini semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan dan permudahkan,” tulisnya.

Rahim merupakan penyanyi popular era 1980-an dan 1990-an serta cukup dikenali dengan lagu-lagu malar segar antaranya Cinta Kristal, Jangan Kau Rayu, Istana Menanti -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya