Radang perut: Anwar doakan kesihatan Erdogan 

Radang perut: Anwar doakan kesihatan Erdogan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan kesembuhan untuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang mengalami radang perut atau gastroenteritis, baru-baru ini.

Menerusi catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sempat berhubung dengan Erdogan semalam  bertanya perkembangan kesihatannya ketika ini.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan malam tadi. Alhamdulillah, beliau bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Semoga beliau terus diberi kekuatan dan kecergasan, Insya-Allah,” katanya hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan, wawancara Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam Selasa apabila Erdogan berasa tidak sihat semasa acara langsung itu kerana mengalami radang perut. 

Wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden.

Siaran langsung itu tiba-tiba terganggu apabila seorang wartawan mula bertanya soalan mengenai rombakan kabinet masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya