KANGAR: Putu kacang dan putu beras merupakan sajian tradisi warisan Melayu sejak zaman-berzaman dan amat sinonim untuk dihidangkan sewaktu sambutan Aidilfitri. Walaupun terpaksa bersaing dengan kuih-kuih moden pada masa kini, namun permintaan terhadap kuih tradisional tersebut masih mendapat permintaan tinggi setiap kali lebaran. Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Azeani Abu Seman, 44, dari Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini untuk memasarkan kuih berkenaan kepada pelanggan tetapnya menjelang sambutan perayaan tidak lama lagi. Menariknya, putu kacang dan putu beras dihasilkan oleh Azeani itu adalah menggunakan resipi turun-temurun yang telah dimulakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya