Projek LRA ikut jadual

Projek LRA ikut jadual

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Projek menaiktaraf lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini berjalan mengikut jadual dan dijangka siap secara berperingkat bermula hujung tahun ini sehingga tahun depan.

Sehubungan itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan tidak benar sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.

Muhammad Sanusi berkata, beliau juga mengikuti perkembangan projek tersebut setiap minggu daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kerajaan negeri terdahulu kata saya gagal kendalikan isu air dan LRA di negeri ini, tetapi saya mewarisi daripada mereka dan mereka yang tangguhkan pelaksanaan LRA selama dua tahun. Saya ambil alih (kerajaan negeri) pada 2020 dan masa itu negara sedang dilanda Covid-19.

“Itu telah menyebabkan banyak sektor terpaksa dihentikan termasuk pengeluaran bahan binaan dan apabila Covid-19 reda, kilang buka, tempahan banyak masuk sebab itu terpaksa tunggu giliran untuk dapatkan bahan bagi membolehkan projek LRA diteruskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon, di sini semalam.

Beliau mengulas isu air dan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang menyifatkan ketiadaan pelan penyelesaian jangka pendek dan sederhana menyebabkan isu ketiadaan air berlaku di Kedah.

Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan negeri berusaha keras untuk memastikan projek LRA berkenaan termasuk isu berbangkit seperti pengambilan tanah dan isu pampasan diselesaikan secepat mungkin.

“Isu pengambilan tanah juga sudah dalam perancangan dan sedang diselesaikan. Sebenarnya semasa dalam perancangan awal, kita tidak dapat lihat keadaan sebenar di lokasi tetapi apabila proses tanam paip di dalam tanah baru kita nampak terdapat perubahan kedudukan dari segi tanah rizab dan sebagainya.

“Sebelum ini, kawasan tersebut adalah tanah rizab sungai, namun terdapat perubahan di mana ia kini merupakan kawasan sungai itu sendiri,” katanya.

Menyentuh cadangan pembinaan mini LRA di Kuala Kedah, Muhammad Sanusi menyifatkannya sebagai tidak praktikal selain menelan kos yang tinggi.

“Mini LRA telan kos RM13 juta, tak praktikal. Selepas LRA siap, loji ini nak letak kat mana sebab sudah ada LRA besar. Apa yang perlu sekarang adalah hanya ‘mini kesabaran’. Sabar sebab sudah lama tunggu. Zaman saya setahun sahaja buat kerja sebab Covid-19 selama dua tahun,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya