Program Apprentis 3u1i bantu graduan UMK dapat peluang kerja

Program Apprentis 3u1i bantu graduan UMK dapat peluang kerja

ARHAM Abdullah (berdiri, berbaju biru) bersama tujuh pemain industri pada MoU di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa , Kelantan, baru-baru ini. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh pemain industri dalam memastikan graduannya mendapat peluang kerja sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMK, Prof. Dr. Arham Abdullah berkata, tujuh pemain industri itu melibatkan Sunway Theme Park, Seth Hiftat Venture, Skytrex, Holiday Villa Hotel and Resorts, JD Mass Commerce Sdn Bhd, Big Onion Food Caterer Sdn. Bhd. dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia.

Katanya, menerusi Program Apprentis 3u1i itu, setiap pelajar berada di kampus selama tiga tahun dan setahun di industri sebelum diserap bekerja.

“Kali pertama kita laksanakannya pada 2020 melibatkan seramai 16 pelajar dengan restoran McDonald’s dan selepas pandemik Covid-19 untuk kali keduanya, UMK menghantar seramai 90 pelajar menjalani program latihan selama setahun dalam pelbagai industri pada tahun lepas.

“Untuk tahun ini pula seramai 120 pelajar bermula September ini,” katanya pada Majlis Menandatangani MoU itu di Pengkalan Chepa baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) UMK menyasarkan keboleh pasaran sekurang-kurangnya 90 peratus lepasan graduan bekerja dalam pelbagai sektor industri.

Mengulas lanjut, Arham berkata, lepasan graduan yang menamatkan pengajian selama tiga tahun di kampus dan setahun di industri, kebanyakan mereka akan mendapat pekerjaan.

Katanya, UMK sememangnya memandang kerjasama strategik antara universiti dan industri sebagai aspek kritikal dalam sektor pendidikan tinggi dan tidak melihatnya sebagai elemen sisipan atau sekadar tambahan.

“Kerjasama dengan pihak industri hari ini sudah menjadi prasyarat yang tidak boleh dielakkan. Ia mesti menjadi sebahagian daripada fokus dan keutamaan dunia akademik,’ katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya