PRN Selangor: Tiada pertembungan calon BN, PH di Sungai Besar - Utusan Malaysia

PRN Selangor: Tiada pertembungan calon BN, PH di Sungai Besar

BN
JAMAL Md. Yunos menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal dan asnaf pada program itu di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tiada pertembungan calon antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sungai Besar, iaitu Sungai Panjang dan Sekinchan

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, insha-Allah kerusi DUN Sungai Panjang masih di bawah BN menerusi Datuk Mohd. Imran Tamrin manakala Ng Suee Lim pula di Sekinchan. 

“Tiada pertembungan antara dua gabungan itu kali ini dan ia mungkin hanya satu lawan satu (dengan Perikatan Nasional),” katanya ketika ditemui pada program Iftar Ramadan UMNO bahagian itu di Sekinchan, baru-baru ini.

Jelas beliau, pihaknya kini dalam proses menyakinkan ahli dan akar umbi UMNO supaya terus memberi undi kepada calon.

“Sokongan itu bukan saja melibatkan calon BN malah dari parti lain iaitu PKR, Amanah dan DAP. Kita di Selangor sememangnya sudah bersedia menghadapi PRN di bawah Kerajaan Perpaduan bersama PH,” ujarnya.

Menurut Jamal, rundingan bersama pengurusan tertinggi UMNO negeri dan pusat selepas Aidilfitri akan menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi kelak. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyokong penuh Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dua hari lalu, saya turut menandatangani memorandum sokongan dan rayuan mengenai pengampunan berkenaan Saya berharap kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dengan mengambil kira jasa dan pengorbanan Najib yang banyak berkhidmat untuk rakyat sejak usia muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya