PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat hari ini tentukan agihan kerusi - Utusan Malaysia

PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat hari ini tentukan agihan kerusi

CHOW Kon Yeow memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Santai Aidilfitri di Taman Tangling, Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bermesyuarat hari ini untuk memuktamadkan berkenaan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, perbincangan mengenai perkara itu menjadi agenda utama sebelum satu mesyuarat bersama Barisan Nasional (BN) akan diadakan minggu depan.

“Kita akan adakan mesyuarat petang ini untuk saya harap dapat memuktamadkan keputusan bagi PH sebelum ia dibawa untuk rundingan dengan BN dan UMNO.

“Muktamad dari segi apa kita mahu tanding dan apa yang masih boleh rundinglah dengan mereka (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Santai Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan Kadun Bukit Tambun di Taman Tangling, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Pengerusi MCA, Datuk Tan Teik Cheng yang mahu rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Pulau Pinang mesti melibatkan semua parti komponen BN, Kon Yeow berkata, isu itu perlu diuruskan oleh BN.

“Hari ini (mesyuarat) PH saja, selepas itu baru dengan BN dan UMNO. Daripada senarai yang dikemukakan rombongan UMNO, ada pemimpin BN juga lah. Hal itu perlu diuruskan BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya