PRN: PH-BN Pulau Pinang belum ada perbincangan rasmi - Utusan Malaysia

PRN: PH-BN Pulau Pinang belum ada perbincangan rasmi

WONG Hong Wai (dua dari kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang perlu mencapai konsensus terlebih dahulu antara parti-parti komponen berhubung isu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum mengadakan perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Kempen PRN DAP Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, setakat ini mesyuarat antara parti-parti PH masih belum diadakan bagi membincangkan soal PRN termasuk isu pembahagian kerusi dan sebagainya.

”Kita perlu ada konsensus dalam kalangan parti PH dahulu sebelum kita mengadakan rundingan dengan BN, setakat ini kita masih belum adakan mesyuarat.

”PH Pusat telah memberikan jangka masa sebulan kepada negeri-negeri untuk berbincang, masih ada lagi masa untuk kita berbincang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pimpinan PH dan BN di beberapa negeri antaranya Kedah dan Selangor telah menjalankan rundingan berhubung PRN negeri.

Menurut Hon Wai, pimpinan PH dan BN di Pulau Pinang hanya mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi ketika berjumpa pada program-program sempena bulan Ramadan ini.

”Semasa Ramadan kita ada program program berbuka puasa dan pemimpin PH serta BN ada turun padang.

”Semangat pada bulan Ramadan ini yang memberi ruang kepada pemimpin kita untuk saling mengunjungi dan memberi asas kepada kita untuk perbincangan seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hong Wai berkata, pihaknya meminta polis menyiasat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung kenyataannya yang mendakwa ada rakyat terpaksa menjual buah pinggang untuk menyara kehidupan kerana tidak dapat mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

”Kita menuntut pihak polis menyiasat Wan Ahmad Fahysal kerana membuat kenyataan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana kenyataan ini boleh menyebabkan kegusaran dan kerisauan dalam kalangan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya