Popularkan karya agung Melayu, karya Sasterawan Negara - PM

Popularkan Karya Agung Melayu, karya Sasterawan Negara – Anwar

ANWAR Ibrahim (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (dua dari kanan) melancarkan majlis pelancaran karya agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Zulkarnain di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek. - FOTO/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan tambahan RM5 juta untuk memartabat dan mempopularkan Karya-karya Agung Melayu dan karya-karya Sasterawan Negara.

Ia sekali gus menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan kepada RM25 juta untuk tiga agensi bagi menggalakkan aktiviti terjemahan dan penerbitan karya iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Yayasan Karyawan.

Perdana Menteri berkata, ia meliputi RM3 juta untuk Yayasan Karyawan manakala tambahan RM2 juta lagi diperuntukkan kepada DBP.

“Saya harap DBP ketengahkan karya Sasterawan Negara, beri keutamaan. Tolong beri pengiktirafan sewajarnya dan segera.

“Yayasan Karyawan juga perlu dimantapkan kedudukannya kerana saya mahu karya 50 hingga 60 judul baharu diterbitkan dan kemudian dikembangkan ke Karya Agung Islam dan dunia,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Karya Agung, Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Beliau juga mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya turut sama memainkan peranan dalam menyebar luas karya agung dan karya Sasterawan Negara.

“Saya harap dana RM25 juta diselaras dengan baik dan jangan kerja secara silo, jadi saya minta Kementerian Pendidikan bantu selaraskan keutamaan DBP ITBM dan Yayasan Karyawan, termasuk RM20 juta untuk segera menerbit dan menyebar luas karya Sasterawan Negara. 

“Insya-Allah, saya akan berikan apa sahaja sokongan yang perlu, ini soal survival bangsa, tidak hanya soal kekuatan ekonomi atau tatakelola.

“Kita perlu mengekalkan tradisi Melayu yang sebenarnya yang boleh dibanggakan orang Melayu iaitu pimpinan bersih dan bertanggungjawab yang faham erti pembangunan dan pemerkasaan budaya dan bangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya