Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot

Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot

TANGKAP layar menunjukkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di Jalan Raja Bot, Chow Kit baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan melibatkan beberapa individu di Pasar Raja Bot, Chow Kit dekat sini yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pihak polis mengesan hantaran pada pautan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 8.30 malam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hantaran milik akaun mambiar24 yang memaparkan satu video Tiktok milik akaun mustafa_khan1992 yang memaparkan insiden kekecohan berkenaan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati hantaran asal video itu adalah di platform Tik Tok.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular pada 11 April lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Ujar beliau, siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Ia bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN