Polis pantau tiga lokasi bazar raya di Shah Alam - Utusan Malaysia

Polis pantau tiga lokasi bazar raya di Shah Alam

Polis
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memperketatkan kawalan keselamatan di tiga lokasi utama di bandar raya ini yang bakal mengalami kesesakan luar biasa menjelang minggu terakhir menjelang Aidilfitri.

Kawasan yang dikenal pasti itu adalah di sekitar Seksyen 7, Seksyen 24 dan Stadium Malawati apabila polis menjangkakan orang ramai akan membanjiri semua premis perniagaan dan bazar raya di kawasan itu bermula minggu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, semua lokasi itu menjadi tumpuan ribuan pengunjung untuk membeli belah pada saat akhir.

“Justeru, kami akan memperketatkan kawalan dan rondaan bagi mengawal keselamatan termasuk lalu lintas. Selain itu, balai polis bergerak ditempatkan di Seksyen 7 bagi menunjukkan keberadaan pasukan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pihaknya turut melaksanakan operasi bersepadu khas bagi mencegah jenayah sempena musim perayaan ini.

“Ia meliputi pemeriksaan di premis perniagaan termasuk bank yang dipenuhi orang ramai untuk urusan pengeluaran dan penukaran wang. Selain itu, pengunjung dinasihatkan tidak sesuka hati meletakkan kenderaan bagi mengelak ditunda oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Tambah beliau, lebih 900 pegawai dan anggota akan bertugas di 10 balai polis pada musim perayaan kali ini.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menasihatkan penduduk Shah Alam mengisi borang balik kampung sebelum meninggalkan kediaman untuk pulang bercuti.

“Langkah itu bagi memudahkan kami melakukan rondaan dan kawalan berterusan terutama di kawasan perumahan. Selain borang manual di balai polis, ia boleh diisi menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya