Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

GAYATHRI, remaja perempuan 18 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Pasir Puteh, Ipoh sejak 10 April lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 April lalu.

Kehilangan remaja dikenali sebagai Gayathri yang beralamat di Jalan Pasir Puteh, Ipoh itu disedari bapanya pada pukul 7 pagi.

Usaha dilakukan keluarga remaja itu bagi mengesannya namun dia tidak pulang ke rumah hingga kini. Talian telefon bimbitnya juga tidak diaktifkan.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat bapa remaja terbabit di Balai Polis Pasir Puteh pada 11 April 2023.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya