Polis Johor kenal pasti 74 lokasi panas kemalangan

Polis Johor kenal pasti 74 lokasi panas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor sudah mengenal pasti 74 kawasan hitam dan titik panas berlaku kemalangan dan kesesakan menjelang sambutan Aidilfitri pada minggu hadapan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif untuk fokus dan merancang penugasan teliti dalam memastikan kelancaran lalu lintas di semua jenis jalan sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

KAMARUL ZAMAN MAMAT

Beliau berkata, seramai 689 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberi tumpuan kepada kawasan tersebut bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kita sudah mengenal pasti sebanyak 27 lokasi kawasan hitam (kemalangan) dan 47 lokasi titik panas (kesesakan) yang akan diberi tumpuan khususnya bagi penugasan statik, rondaan, omni presence dan penguatkuasaan terancang.

“Tumpuan utama penugasan pada perayaan Aidilfitri adalah memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan penugasan di persimpangan serta respon time kepada kemalangan dan halangan yang boleh menjejaskan aliran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman memberitahu, tumpuan khusus juga akan diberikan di dua pintu masuk utama negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang dijangka akan berlaku pertambahan kenderaan masuk ke Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, Lebuhraya Utara Selatan juga dijangka akan berlaku kesesakan yang luar biasa bagi pergerakkan keluar dari Johor dalam tempoh beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri setelah penduduk kota pulang ke kampung halaman.

“Terdapat beberapa daerah dijangka akan menerima kemasukan kenderaan yang sangat tinggi sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu di Batu Pahat, Kota Tinggi, Pontian dan Muar yang sinonim dengan kemeriahan perayaan khususnya di felda dan kampung.

“Oleh itu, kita turut meramal akan berlakunya kesesakan di beberapa jalan negeri dan jalan bandaran bagi fasa semasa hari Raya. Saya ingatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya yang memandu untuk pulang bercuti untuk terus mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang khususnya warga asing,” katanya.

Tambahnya, penduduk kota yang pulang ke kampung halaman pada Aidilfitri ini diingatkan mengemas kini borang Kempen Rumah Selamat sebelum meninggalkan kediaman dan berhubung terus dengan hotline sekiranya berlaku kecemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya