Polis buka kertas siasatan kes kecederaan kanak-kanak di taska

Polis buka kertas siasatan kes kecederaan kanak-kanak di taska

A. ASMADI ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung kes kecederaan kanak-kanak semasa berada di sebuah taska di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz, semakan polis mendapati satu laporan polis telah dibuat pada 5 Januari lalu di IPD Putrajaya oleh seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke sebuah taska.

Katanya, kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan kecederaan di tangan tersebut adalah selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

“Semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang masih sah.

“Pada mulanya kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian. Namun begitu sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak,” katanya hari ini.

Terdahulu, polis mengesan satu hantaran artikel bergambar yang dimuat naik melalui akaun Facebook EL Ameerah semalam berkaitan kecederaan yang dialami anaknya semasa berada di sebuah taska di sini.

Berikutan itu, pihak polis menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi sendiri dan tidak menularkan artikel tersebut kerana ia boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mengganggu siasatan pihak polis.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan, sebuah taska yang didakwa berlaku kes penderaan kanak-kanak sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini diarah tutup sementara.

Hasil pemeriksaan JKM pada 29 Mac lalu mendapati berlaku ketidakpatuhan kepada Akta Taska 1984.

Katanya, pengusaha taska yang berdaftar dengan JKM itu diberi notis peringatan untuk membuat penambahbaikan dengan kadar segera dan dalam proses penutupan sementara bagi tujuan menyediakan persekitaran selamat untuk kanak-kanak dan meningkatkan kualiti pengasuhan di taska tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya