PM umum RM35 juta baiki PPR bermasalah teruk - Utusan Malaysia

PM umum RM35 juta baiki PPR bermasalah teruk

PPR
ANWAR Ibrahim memukul gong sebagai simbolik perasmian program K2K di PPR Kampung Baru Hicom, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM35 juta bagi membaiki kira-kira 10 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut diberikan di bawah Program Kita-Untuk-Kita (K2K).

“Kita anggar 10 ke12 PPR di Kuala Lumpur dan Selangor yang kita tetapkan kategori yang bermasalah. Peruntukan ini diberikan kepada PPR yang mempunyai masalah lebih serius,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program K2K di PPR Kampung Baru Hicom, di sini, hari ini.

Menurutnya, peruntukan tersebut bagi membolehkan beberapa masalah yang dihadapi perumahan tersebut seperti masalah paip, lampu rosak dan lain-lain lagi dapat diatasi segera.

Dengan peruntukan segera itu, Anwar akan meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuka tender segera bagi membolehkan kerja-kerja kerosakan ini dengan segera.

“Saya akan meminta KPKT membuka tender terhad, yang lebih cepat daripada tender terbuka dalam tempoh tiga bulan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya