PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-89 kepada seluruh warga Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Moga kebersamaan angkatan terus dijulang dan dihormati dalam mengangkat martabat seluruh warga TLDM di atas khidmat yang dicurahkan tatkala melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, penubuhan TLDM bermula dari pembentukan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-Negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura.
Pada 1938, pasukan itu diperbesarkan dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan selepas penubuhan Malaysia pada 1963, ia dikenali sebagai TLDM. – UTUSAN