PM rai anggota barisan hadapan negara pada majlis iftar

PM rai anggota barisan hadapan negara pada majlis iftar

ANWARIbrahim beramah mesra dengan petugas barisan hadapan pada Majlis Berbuka Puasa JPM di Puspanitapuri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan para anggota barisan hadapan negara dalam majlis iftar anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Turut diraikan ialah golongan anak yatim serta pelajar-pelajar tahfiz dengan menyampaikan Bantuan Infaq Ramadan kepada 25 wakil kelab di bawah Kelab Bukit Perdana, JPM.

Perdana Menteri turut memberikan sumbangan wang tunai menerusi bantuan itu kepada 40 orang pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) serta 40 orang anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Majlis berkenaan dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Seri Sollehhudin Alyubi Zakaria serta ketua-ketua jabatan dan agensi di JPM.

Bantuan Infaq Ramadan dan Aidilfitri diperuntukkan dalam majlis ini dengan pengurusan kewangan wang zakat yang diterima oleh Kelab Bukit Perdana melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan asnaf fakir dan layak untuk menerima wang zakat JPM.

Bantuan Infaq Ramadan dan Aidilfitri ini merupakan acara tahunan bagi Kelab Bukit Perdana JPM dan kelab ini menerima permohonan seramai 654 orang pemohon.

Seramai 310 anggota barisan hadapan beruniform hadir terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Wakil daripada badan beruniform pula dihadiri Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Bahagian Penyelidikan JPM dan
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya