PM keluar arahan tiada lagi papan iklan baharu

PM keluar arahan tiada lagi papan iklan baharu

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raia, Alor Setar pada 29 April lalu. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar tiada lagi papan iklan baharu yang memaparkan imej beliau atau tulisan kerajaan Madani dipasang di seluruh negara.

Kata Perdana Menteri, papan iklan sedia ada termasuk yang bersaiz besar sudah mencukupi buat masa ini tanpa perlu membuat penambahan pada masa akan datang.

Menurut Anwar, papan iklan yang dipasang kini juga tidak mendapat persetujuan dan kelulusan daripada beliau.

“Saya dalam perjalanan ke Alor Setar dan semalam diberitahu billboard Anwar dan Madani di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.

“Saya sudah beritahu, tidak payah belanja (untuk tujuan) ini, (tetapi) dijawab oleh jabatan berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan maka ia dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raia, di sini hari ini.

Ujar Perdana Menteri, walaupun memahami soal peruntukan sedia ada yang digunakan untuk memasang papan iklan itu, namun beliau merasakan adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

“Jadi saya arahkan semua billboard baharu dihentikan, kekal yang ada sahaja dan saya tidak mahu ini diteruskan kerana ia tidak menunjukkan satu pendirian kerajaan madani, 

“Kebetulan saya tidak dimaklum, saya tidak boleh beri keputusan. Oleh kerana saya sudah dimaklum, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besaran dan cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya