PM hos Majlis Iftar di Kompleks Seri Perdana

PM hos Majlis Iftar di Kompleks Seri Perdana

ANWARIbrahim bersalaman dengan anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia pada Majlis Iftar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis iftar bersama barisan Jemaah Menteri dan penjawat awam di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; barisan Jemaah Menteri; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Menteri Besar dan Ketua Menteri serta duta dan perwakilan asing.

Turut kelihatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Anwar dalam ucapannya berkata, sambutan Ramadan kali ini diharap dapat meningkatkan darjat ketakwaan umat Islam.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perwakilan asing kerana sudi hadir dalam majlis ini sama ada anda berpuasa atau sebaliknya, kita nikmati majlis iftar ini, inilah semangat Malaysia.

“Semoga ia akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin. Mewakili kerajaan Malaysia, saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Sungai Besi.

Mengikut jadual, Anwar bersama hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya