Pintas Utama Sdn. Bhd. rai keberkatan Ramadan

Pintas Utama sumbang RM1 juta wakaf bina bangunan tambahan Masjid Kota Kemuning

KETUA Pegawai Eksekutif Pintas Utama Sdn. Bhd., Datuk Ir. Marhalim Mohamed (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Pengerusi Masjid Kota Kemuning, Ir. Mohd. Zamri Idris bagi pembinaan bangunan tambahan masjid berkenaan bersempena sambutan Hari Nuzul Quran semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pintas Utama Sdn. Bhd. untuk kesekian kalinya meraikan keberkatan Ramadan dengan mewakafkan bangunan tambahan di sebuah masjid serta berkongsi nikmat bulan yang mulia ini bersama golongan memerlukan.

Syarikat kejuruteraan awam itu mengambil peluang berwakaf yang merupakan suatu sedekah berbentuk jariah yang berkekalan sifatnya.

Justeru semalam, Pintas Utama Sdn. Bhd. memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan bangunan tambahan untuk keperluan Masjid Kota Kemuning, Shah Alam bersempena sambutan Hari Nuzul Quran.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Marhalim Mohamed kepada Pengerusi Masjid Kota Kemuning, Ir Mohd. Zamri Idris.

Kata Marhalim, aspek pengurusan masjid yang sangat efisien dalam membantu masyarakat sejagat dengan menyediakan ruang beribadah serta beriadah yang selesa dapat memberi kebaikan kepada masyarakat setempat.

“Ini seterusnya memberi keyakinan yang teguh kepada Pintas Utama Sdn. Bhd. bagi merealisasikan niat suci untuk berwakaf.

“Sebagai sebuah syarikat entiti Islam, Pintas Utama Sdn. Bhd. juga terus beriltizam untuk menghulur tangan melalui program tanggungjawab sosial korporat di bawah Yayasan Pintas Utama.

“Ini termasuk memberi sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian kepada anak-anak yatim terpilih di sekitar Shah Alam dan Klang,” kata beliau ditemui selepas program.

Menurut Marhalim, pihaknya berharap program infaq Ramadan seperti itu dapat dipergiat untuk membantu lebih banyak lagi golongan memerlukan.

Kata beliau: “Ini kerana sekecil-kecil pemberian juga merupakan asbab kebahagiaan mereka yang kurang berkemampuan, sekali gus mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang serta status sosial.

“Tingkatkan iman, eratkan persaudaraan.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya