'Petik cili rumah jiran pun nak bawa mahkamah?'

‘Petik cili rumah jiran pun nak bawa mahkamah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Farid Kamil kesal apabila isterinya, Diana Danielle membesar-besarkan perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangganya seperti isu anak keduanya, Aurora, yang memetik cili di rumah jiran.

Kata Farid, sebagai seorang bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuknya menegur kesalahan anak sendiri supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Jelasnya, ketika kejadian itu, dia hanya menegur Aurora dan tidak pernah sama sekali memukul ataupun mengasari mereka.

“Apa yang berlaku adalah Aurora masuk rumah jiran tanpa kebenaran dan petik cili. Saya cakap itu salah dan boleh dianggap mencuri.

“Saya tanya dia sama ada hendak rotan atau berdiri di tepi dinding. Aurora pilih berdiri di tepi dinding. Diana pun baru balik masa itu dan tak puas hati melihat denda yang berlaku,” katanya semasa ditemubual dalam rancangan Melodi TV3, hari ini.

Farid mengulas mengenai dakwaan Aurora yang dikatakan trauma terhadap dirinya seperti didakwa Diana di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Farid berkata, dia mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu dan enggan masalah remeh-temeh menjadi kes mahkamah.

“Apa dosa besar saya buat? Janganlah heret benda kecil seperti petik cili ke mahkamah. Ia hanya akan mengambil masa dan kos yang sangat banyak.

“Benda kecil seperti ini tidak perlu dibesarkan. Cukuplah kesengsaraan yang saya alami sejak 2017. Sepatutnya, 2023 adalah tahun untuk kita memulakan kehidupan bersama semula,” katanya.

Menurut Farid, dia tidak boleh mendedahkan kejadian yang berlaku di tanah suci semasa mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah.

“Apa yang berlaku di tanah suci saya tak boleh cerita sebab sudah bagi gambaran sebenar apa yang akan berlaku di masa hadapan. Apa yang penting saya akan berjuang demi anak-anak,” katanya.

Dalam masa sama, Farid turut merendah diri dengan meminta maaf kepada isterinya atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.

“Saya nak pulihkan keadaan dan nampaknya keadaan semakin menekan. Percayalah cakap saya, semuanya akan baik.

“Aurora kalau dengar apa yang babah cakap, saya sayang awak sepenuh hati dan tidak akan mengguriskan hati awak. Kalau Aurora rindu, hubungilah babah.

“Saya harap netizen teruskan berdoa untuk kebaikan kami dan jangan buat cerita atau tokok tambah,” jelasnya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya