Selepas lebih dua tahun negara dilanda Covid-19, sambutan Songkran di Wat Suwankhiri, di Padang Besar, Perlis yang sinonim dengan masyarakat Siam kembali berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik.
Sambutan perayaan itu dilaksanakan bersempena tahun baharu mengikut kalendar masyarakat Siam dan turut dianjurkan pada tanggal 13 April pada setiap tahun.
Penyelaras Songkran Wat Suwankhiri, Loat Anak Erong, 64, berkata, menerusi penganjuran perayaan itu, lebih 500 pengunjung telah hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan berkenaan sejak awal pagi.-utusan