Pemasangan pelita panjut gergasi di Kampung Ribu Padang Rengas setiap kali menjelang Aidilfitri yang diadakan semalam berjaya menarik perhatian ramai untuk menyaksikan tradisi itu.
Tradisi itu mula dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu, yang diadakan pada malam ke-27 Ramadan.
Apa yang menarik, program itu dibuat secara besar-besaran dan berjaya menarik kehadiran masyarakat di sekitar Padang Rengas dan Kuala Kangsar untuk menyaksikan keindahan tradisi memasang panjut.
Setiausaha Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu, Ahmad Ridzuan Kamaruddin berkata bagi pemasangan panjut kali ini, sebanyak 1,600 pelita disediakan dengan kos diesel mencecah RM600.-utusan