Peserta Malaysia berjaya Musabaqah Menghafaz Al-Quran

Peserta Malaysia berjaya Musabaqah Menghafaz Al-Quran

MUHAMMAD Asyraf (kanan) mendapat tempat pertama dalam kategori hafazan 10 juzuk, manakala Afifa Syakirah mendapat tempat ketiga kategori hafazan 30 juzuk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peserta dari Malaysia, Muhammad Asyraf Amir dan Afifa Syakirah Mohd. Radzi mengharumkan nama negara dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Tahun 1444H/2023M yang berlangsung di Brunei.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan memaklumkan, Muhammad Asyraf mendapat tempat pertama dalam kategori hafazan 10 juzuk.

Manakala Afifa Syakirah mendapat tempat ketiga dalam kategori hafazan 30 juzuk.

Muhammad Asyraf membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dolar beserta piala dan hadiah iringan.

“Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muar berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Darul Quran Jakim selepas tingkatan 5,” katanya.

Afifa Syakira juga membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dollar beserta piala dan hadiah iringan.

Mahasiswa Tahun 3 Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya itu memilih Bahasa Arab sebagai bidang pengajiannya.

“Kejayaan mereka berdua membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa memartabatkan al-Quran dalam kehidupan ummah selaras dengan aspirasi Negara Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya