Peruntukan tambahan bina, baiki rumah di bawah KEDA

Peruntukan tambahan bina, baiki rumah di bawah KEDA

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) melawat dan meninjau rumah mangsa banjir Kampung Iboi yang telah siap dibina oleh KEDA di Desa KEDA Sadek, Kupang di Baling. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang mempertimbang untuk menambah peruntukan bagi projek pembinaan dan membaik pulih rumah di bawah agensi itu, tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dilakukan agar dapat memenuhi keperluan segera terutamanya bagi rumah penduduk yang terkesan akibat bencana banjir.

“Kita belanjakan RM70,000 bagi pembinaan unit baharu rumah, manakala bagi pembaikan pula peruntukannya RM16,000. Kita sudah mempunyai peruntukan sedia ada bagi tahun ini.

“Namun, peruntukan tambahan ini dipertimbang bagi memastikan penghuni Desa KEDA dapat mendiami rumah yang selesa. Saya telah minta Pengurus Besar KEDA dan Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) wilayah utara untuk teliti perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina bagi menempatkan mangsa bencana banjir kepala air di Kampung Iboi, Kupang di sini pada Julai tahun lalu.

Pembinaan kediaman itu melibatkan peruntukan berjumlah RM528,000 dengan projek itu sentiasa dipantau rapi oleh KEDA melalui Bahagian Hartanah dan Prasarana (BHP) dan Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK) agar proses pembinaan berjalan lancar serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Pengerusi KEDA, Ahmad Zahid menjelaskan, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila tiba masanya.

“Ada, nanti saya akan umumkan apabila tiba masanya,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi KEDA yang baharu.

Perkara itu bagaimanapun tertangguh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan itu belum dimuktamadkan dan akan diteliti semula bersama Ahmad Zahid. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya