LEBIH 50 ahli keluarga Ibrahim Hashim dan Habsah Bidin menyambut Hari Raya Aidilfitri di Taman Bukit Rambai, Melaka, kelmarin.
Dalam pertemuan pada hari raya kedua itu, pelbagai makanan disajikan termasuk kambing bakar, rendang itik, rojak buah dan laksa Kedah.
Ahli keluarga itu masing-masing datang dari pelbagai kawasan dan negeri termasuk Bandar Muadzam Shah, Pahang; Kuala Nerang, Kedah; Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Rawang dan Semenyih di Selangor.
Pertemuan tradisi tersebut menghimpunkan tiga generasi yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga. – UTUSAN