Persatuan sukan, belia sokong Kod Sukan Selamat - MBM

Persatuan sukan, belia sokong Kod Sukan Selamat – MBM

HASNUL HANIFF HARUN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua persatuan sukan dan belia perlu menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenal Kod Sukan Selamat yang menjadi panduan dan rujukan mengenai skop sukan selamat serta tanggungjawab komuniti secara menyeluruh.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, majlis itu dan  41 buah badan gabungan telah bersama KBS dalam menyokong usaha tersebut dengan memeterai Kod Sukan Selamat bagi memastikan Malaysia dapat meningkatkan lagi produktiviti serta kecemerlangan dalam bidang sukan.

“Sejak 2022 MBM sememangnya aktif dalam menggerakkan kempen Perlindungan dari Eksploitasi dan Penderaan Seksual (PSEA). 

“PSEA merujuk kepada langkah-langkah melindungi belia yang berisiko daripada eksploitasi dan penderaan seksual oleh pemegang jawatan di dalam MBM, kakitangan MBM, personel berkaitan dengan MBM seperti sukarelawan, jurulatih, fasilitator pekerja bantuan misi, termasuk pembekal seperti kontraktor, perunding, pembekal barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kod Sukan Selamat dibangunkan KBS sebagai garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan.

Beliau berharap dengan berlandaskan konsep MADANI, ‘kelestarian sosial’ yang kukuh akan membentuk masyarakat yang mapan secara sosial dan bergerak secara demokratik serta mampu memberikan impak mutu kehidupan yang lebih baik, selari dengan objektif serta tujuan Kod Sukan Selamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN