Perlis negeri pertama mulakan pelantikan JPKKP - Utusan Malaysia

Perlis negeri pertama mulakan pelantikan JPKKP

ROZABIL Abd. Rahman (lima dari kanan) bergambar bersama kepemimpinan UMNO negeri selepas Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Empat, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju menjadikan Perlis negeri pertama memulakan pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman selepas mengadakan perbincangan dengan Ahmad Zahid dalam pertemuan hari ini.

Katanya, Ahmad Zahid juga telah memberi kebenaran kepada setiap Ketua UMNO Bahagian di negeri ini untuk memulakan proses pemilihan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, pemilihan itu akan dilaksanakan dengan segera.

“Fungsi JPKKP ini akan sama seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) lepas dan sudah tentu kita akan beri penekanan dengan melihat kebajikan masyarakat setempat di setiap kawasan dalam negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sentuhan Kasih Ramadan yang dihadiri Ahmad Zahid di Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Empat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jumlah JPKKP baharu yang bakal dilantik, Rozabil berkata, pihaknya perlu meneliti perkara itu terlebih dahulu dan akan cuba mengisi jawatan berkenaan di setiap cawangan dalam negeri ini.

“Kita berharap akan ada pemberian elaun untuk mereka namun bagaimana jumlah dan bentuk bayaran itu kita serahkan kepada kerjaaan Persekutuan untuk tentukan,” katanya.

Tambahnya, beliau serta dua lagi Ketua UMNO Bahagian akan bersama meneliti bagi membawa rakan-rakan lain dalam kerajaan perpaduan untuk terlibat dengan JPKKP.

“Kriteria pemilihan itu kita akan tetapkan kemudian dan kalau boleh selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kita akan kemukakan nama calon kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah peranan JPKKP tersebut akan bertindih dengan Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) yang dilantik kerajaan negeri, Rozabil memberitahu, JPKKP berkenaan akan mewakili kerajaan Persekutuan.

“Bagaimana kerajaan negeri menentukan peranan MPKK, itu terserah kepada kerajaan negeri lah atas kebijaksaan mereka. Kita akan buat cara kita dan ini akan mewakili kerajaan Persekutuan di dalam negeri Perlis,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya